Sistem pengurusan Perkhidmatan Rakan Sebaya
MATLAMAT
Membina satu kumpulan (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.
OBJEKTIF
Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya memperaktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.
Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat, dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.
FALSAFAH
“Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain”